JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com
Special Assistant to Chairman
Hijriah Date
Rabiul Awal
13 Monday
1433 HIJRAH
Members Area
Latest Events
No events
JUALAN LOT WAKAF UNTUK RUMAH TITIAN KASEH
Rumah
Titian Kaseh (RTK) merupakan rakan NGO kepada Muslim Aid dalam usaha membantu
mereka yang memerlukan. Muslim Aid menyeru kepada masyarakat Malaysia untuk sama-sama
membantu RTK dalam mendapatkan lot wakaf bagi menempatkan mereka yang memerlukan perlindungan dan
penempatan sementara seperti anak yatim,
anak terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, fakir miskin, ibu
tunggal serta wanita teraniaya.
Wakaf merupakan suatu sumbangan
ikhlas sebahagian daripada harta yang dimiliki untuk kepentingan dan
kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh syarak.
Harta wakaf berupaya menyumbang
kepada pembangunan sosio-ekonomi dan ummah seperti projek mendirikan pusat
perniagaan dan projek sosial seperti pusat perlindungan anak-anak yatim selagi
tidak bercanggah dengan hukum syarak.
RTK memerlukan 3000 lot wakaf untuk dijual dengan harga
setiap lot RM1,000.00
Firman
Allah S.W.T;
“Bandingan (perbelanjaan derma)
orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji
benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan(ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi
sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi
ilmu pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: ayat 261)
Hadith riwayat Muslim yang bermaksud;
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah S.A.W. telah bersabda
“Apabila mati anak Adam akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara:
sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya atau anak yang soleh yang
mendoakannya”.
Sumbangan boleh disalurkan
terus ke akaun:
Maybank 564061002172
Atas nama: Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh
Kuala Lumpur
Setiap
sumbangan layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan:
LHDN.01/35/42/51/179-6.6665)
Emel :
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
,
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Still enduring the effects of over a year long Israeli blockade, the people of Gaza are still facing, isolation and crippling shortages of food, medicines and fuel supplies. Already 1450 Palestinian...
Muslim Aid partners on the ground in Haiti have been working around the clock to deliver aid. Thanks to your generous donations we have already been able to make a difference to the people suffering i...
7hb Februari 2010 - Pagi ini selesai program gotong-royong Kitchen Garden dan kawasan sekeliling ASDAF. Sukarelawan yang merupakan pelajar dari Universiti Malaya (UM) dari jurusan TESL dan Kimia tel...
24 March 2010, En Muhammad bersama tiga orang sukarelawan berkesempatan untuk melawat sebuah sekolah komuniti Rohingya di Ampang yang diteraju oleh Ustaz Ghani. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 12...
Selesai sudah pertandingan futsal Amal Siti Khadijah antara Rumah Kebajikan Negeri Selangor. Kali ini lebih 20 rumah kebajikan terlibat dengan pertandingan futsal amal ini. Pihak Muslim Aid telah me...
Kali ini pihak JAKIM datang untuk membuat penggambaran doa-doa asas seperti doa makan dan sebagainya. Pihak JAKIM memilih ASDAF atas cadangan dari pihak Muslim Aid kerana ramai dari kalangan anak-an...