|
Anak Pelarian Johan Musabaqah Anak Yatim Selangor |
|
|
|
Lokasi: Masjid Shah Alam
Tarikh: 7 Ogos 2010
Program: Pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor
Amir, wakil dari Muslim Aid bersama pemenang
Penyertaan salah seorang anak yatim pelarian Rohingya yang mendapat tajaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah merangkul piala johan bagi pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor. Anuar yang menetap di Madrasah Hashimiah baru sahaja selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran. Persediaan Anuar selama sebulan yang dibimbing oleh ustaznya sendiri di madrasah ternyata tidak sia-sia. Pihak Ustaz Hashim bersama Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbang melalui Muslim Aid bagi membantu Madrasah Hashimiah ini untuk terus beroperasi sehingga ke hari ini.
Ramli Sarip bersama ustaz Hashim, Anuar dan guru-guru Madrasah Hashimiah
Adik Hanifah dari Madrasah Hashimiah
|