|
Lokasi: Bukit Keramat, Jalan Dato Keramat
Tarikh: 4 September 2010
Program: Fast 2 Feed
Pemberian duit raya dari team Celepets Celepets Bergambar bersama Pn Sharifah
Program ini sudah berlangsung di Lanai Gurney Apartment dimana seramai 46 orang anak yatim Rohingya Selayang dirai bersama pekerja Sugoi Technology dan Sinclairfalak. Hampir 10 celebriti hadir bersama-sama berbuka puasa di situ. Program bermula dengan berbuka puasa dan dituruti dengan solat Marghrib. Kemudian sekumpulan artis yang menggelarkan diri mereka Celepets yang terdiri dari Sazzy Falak, Dahpne Iking, Atilia, Yasmin Yusof, Yasmin Hani (Wacha!) Serena C (sekadar menyebut beberapa nama) memberi duit raya dan sebuah beg setiap seorang anak yatim Rohingya yang didalamnya terdapat toiletries untuk kegunaan semasa anak-anak yatim tersebut.
Kemudian duit raya kali kedua diberikan kepada anak-anak yang bertuah ini dari Sugoi Tech. Ucapan tidak terkira banyaknya kepada Puan Sharifah (Kak Net) dari Sugoi Tech. kerana menjemput Muslim Aid dan anak pelarian dari Rohingya Selayang (Madrasah Hashimiah) untuk berbuka puasa bersama-sama semua yang hadir.
Puan Sharifah memberi ucapan
Terima kasih juga kepada mereka yang menyumbang melalui Muslim Aid terutama pada bulan Ramadhan ini dan juga ketika musim Qurban
Eidiladha. Semoga dengan sumbangan anda semua, maka lebih ramai
golongan yang memerlukan dapat dibantu dan moga usaha ini mendapat
keberkatan dariNya.
|